Wednesday 17 October 2012

~PESANAN SEORANG GURU PRAKTIKUM~


Wahai anak didikku yang dikasihi dan disayangi…Melalui kalam ini gurumu ingin berbicara dan mencoretkan sesuatu buatmu…
Kini engkau muda remaja, awasi setiap langkahmu, wajah manis dan manjamu pasti ramai yang tertawan dan tergoda, bukan melarang engkau bersuka dan bergembira, asalkan engkau tahu di mana batas-batasnya. Jangan sampai dirimu terlupa harapan dan cita-cita.
Wahai anak didikku…Ibu dan ayahmu, selalu menaruh harapan yang tinggi agar engkau berjaya di masa hadapan. Jangan engakau kecewa dan sia-siakan harapan mereka…
Bila tiba waktu senja…Engkau pulang dari sekolah. Bergalas buku dibahu penuh keceriaan. Sesiapa yang melihat pasti merasa tertawan…Itulah anak didikku…
Wahai anak didikku…Engkau masih bersekolah. Harungi dan tempuhilah segala dugaan dan cabaran. Engkau akan ambil peperiksaan, agar senang masa depan.
Berikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada pelajaranmu dan berusahalah bersungguh-sungguh. Kemudian barulah yang selainnya engkau serahkan kepada Yang Maha Esa.
Apabila dirimu berjaya…Selain ibu bapamu, guru-gurumu juga turut merasa gembira. Tetapi seandai sebaliknya…Jangan engkau rasa kecewa. Sekali engkau gagal, bukan bererti untuk selamanya…
Di hati semakkan bicara dan coretan gurumu ini, walau di mana pun engkau berada…
INGATLAH PESANAN INI AGAR ENGKAU MENJADI INSAN BERGUNA…

Monday 1 October 2012

RELAKAN PERPISAHAN ITU DEMI CINTA~~


Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!
Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.
Pada remaja yang terus bertanya… Pada ’retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.
Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!

~~pakar motivasi~~

Tuesday 25 September 2012

JIKA RASA SEDIH ITU~~~


Jika rasa sedih itu adalah AIR, biarlah ia mengalir ke akar-akar pohon, ke tanah-tanah gersang, ke tasik-tasik yang kekeringan..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke MATA ku..
Kerana sudah  terlalu banyak air yang mengalir dari situ..
Kerana ku takuti air dari mata ku itu tidak mampu memadamkan api neraka MU, Ya ALLAH.. 
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..
Jika rasa sedih itu adalah ANGIN, biarlah ia menghembus lembut ke hamparan-hamparan yang ketandusan, ke kawanan tumbuhan yang mengharapkan angin..
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
Tapi JANGANLAH ke JIWA ku..
Kerana sudah terlalu lama angin yang bergelodak di situ…
Kerana ku takuti angin dalam jiwa ku itu tidak mampu menjadikan ku kuat untuk ke jalan MU, Ya ALLAH..  
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..
Jika rasa sedih adalah KETAJAMAN, biarlah ia digunakan untuk menghunus musuh-musuh Islam, untuk mengasah akal para pejuang agama…
Semoga ada manfaat kepada yang lain..
TAPI JANGANLAH ke HATI ku..
Kerana sudah terlalu dalam luka yang terhiris..
Kerana ku takuti ketajaman ke hati ku itu tidak mampu menjadikan hati ku Ikhlas untuk MU, Ya ALLAH.. 
Hanya membawa kepada kemurkaan MU..
Namun,
Jika rasa sedih adalah CAHAYA PETUNJUK dari ALLAH, biarlah ia terpancar ke dalam mata ku, jiwa ku, hati ku dan ke seluruh alam..
Agar semua dapat merasai  cahaya keindahannya itu..
Cahaya keredhaan dari ALLAH ..
Tanda Kasih , Cinta, Ingatan dari ALLAH yang Maha Agung, yang Maha Mengetahui, yang Maha Pengasih, yang Maha Mengasihani, yang Maha Pencinta…
Yang telah menciptakan segala-galanya ..
Daripada tiada kepada ada...
Agar semuanya kembali kepada MU , Ya ALLAH..
Kembali sujud kepada MU..
Kembali menuju ke jalan MU..
Kerana Engkaulah destinasi cinta yang HAKIKI...

AKU SEORANG CIKGU~~


suatu pagi yang hening, seorang guru sedang menerangkan pembelajaran pada hari tersebut kepada muridnya... sedang asyik menulis dipapan putih, tetiba;

'assalamualaikum... cikgu Sue?'

'ye saya... ada apa ye puan?'

'boleh saya jumpa sekejap?'

'ok murid2, salin soalan ni ye...'

cikgu Sue pun keluar menemui tetamunya....

'ni cikgu, anak saya mengadu semalam cikgu denda dia berdiri sampai habis waktu sebab tak buat kerja sekolah. cikgu tau tak anak saya tu penat. lepas tu, cikgu bagi anak saya kerja sekolah yang melambak. camana anak saya nak siapkan? pagi sekolah, petang dan malam p tuisyen... bila masa pulak anak saya nak siapkan kerja sekolah dia?'

'puan, saya bagi kerja sekolah sebab saya nak dia pandai. kalau setakat belajar kat sekolah jek, tak cukup puan. pelajaran makin bertambah, bagi saya, mungkin masa dia buat kerja sekolah, puan boleh bantu dia mana2 yang patut. sekurang2nya bolehlah mengeratkan hubungan kekeluargaan puan...'

'aik, nak mengajar saya pulak????' nada yang agak tinggi sehingga boleh didengari dari kelas sebelah menyebelah....

'maafkan saya puan... tak... bukan macam tu puan... saya cuma menjalankan tugas saya sebagai seorang guru atau cikgu, bukan sekadar mengajar saja cikgu. saya cuba jugak untuk mendidik...'

'kalau macam tu, cikgu ajar jelah... pasal nak mendidik, biar saya jek yang mendidik. saya pun bukan takat degree jek macam cikgu... lebih dari degree saya ada. anak saya tu pun, bukan tak pandai... pagi petang siang malam dia blajaq... lagipun, cukai yang saya bayar lagi banyak daripada cikgu, semestinya, ada bahagian cukai tersebut adalah untuk membayar gaji cikgu sekarang ni...' 

'erm.... takpelah puan, kalau itu yang puan minta... saya akan tunaikan. harapan saya, anak puan akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti, dah cemerlang macam puan, lebih daripada degree ada. saya mintak maaf banyak2 kalau saya ada melakukan kesilapan pada anak puan...'

'bagusla macam tu.... lain kali, jangan sesekali mendenda anak orang. cikgu pun akan ada anak... apa perasaan cikgu kalau org lain mendenda anak cikgu? saya kat umah, jangan kata pukul, jentik pun tak... ingat ye cikgu...'

'insyaAllah puan, saya akan sentiasa ingat pesan puan tu...'

------------------------------------------------

di hari yang lain....

'ok, murid-murid, cikgu nak tengok kerja sekolah yang cikgu bagi semalam...'

sedang berjalan sambil membelek buku anak2 muridnya,

'kosong je ni... tak buat?' tanya cikgu Sue lembut pada seorang anak muridnya.

'tak cikgu,... saya penat.... lagipun, mama dah kata, cikgu tak marah kalau tak buat keje sekolah. sebab ritu, mama dah jumpa cikgu...'

'erm... betullah apa mama kata tu.... takpelah...'

_____________________________________________________________________________


susah kan kerja cikgu ni... bila murid2 pandai, mak bapak yang dapat nama... tapi bila murid2 tak pandai, cikgu2 yang disalahkan... 

masih teringat kata2 seorang cikgu aku yang mengajar dulu:

'saya akan marah kamu, saya akan rotan kamu, saya akan cubit kamu, saya akan ajar kamu, sehinggalah kamu berkata pada saya, cikgu, jangan ambil tahu urusan saya... masa tu, jangan kata marah, tegur pun cikgu takkan buat...'

percayalah kata aku, apabila seseorang yang terlalu mengambil berat tentang diri korang, kemudian korang mengatakan, jangan campur urusan korang, maka tunggulah saat dimana korang akan merasa satu kehilangan yang amat berharga... believe me, because I have that experience...

Monday 24 September 2012

AKU INGIN BERUBAH~~~~




   
Ya Allah...
Syukur di atas nikmat pancaindera-Mu,
Dengan penglihatan,
Aku dapat melihat segala kekuasaan-Mu,
Mengagumi segala kebesaran-Mu. 
Namun...
Dengannya jualah,
Aku melakukan kemungkaran pada-
Mu,
Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,
Melihat pada yang tak sepatutnya,
Membuatkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba. 
Seketika aku tersedar,
Mungkin belum terlambat,
Untukku pahatkan dalam diri,
Bahawa… 
Aku mahu berubah…!!!
Ya Allah…
Jika dulu aku angkuh di bumi-Mu,
Alhamdulillah…
Hidayah-mu mematahkan keangkuhanku,
Membangunkan sifat malu,
Yang selama ini tersorok dalam diri. 
Aku tundukkan pandanganku,
Yang selama ini meliar,
Aku timbulkan kekeliruan,
Pada teman-teman,
Aku tempis segala teguran sinis,
Aku tekadkan dalam kalbuku,
Bahawa… 
Aku mahu berubah…!!!
Ya Allah…
Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-Mu,
Terleka dengan duniawi,
Terkadang aku abaikan ukhrawi.
Subhanallah…
Sesungguhnya kekuasaan-Mu yang paling agung,
Kau sedarkan aku di saat aku hanyut, 
Masih tak terlambat,
Untuk suatu perubahan.
Aku akur pada kekuasaan-Mu,
Lantas…
Aku laungkan dalam hatiku,
Aku mahu berubah…!!!
Ya Allah…
Aku pohon hidayah-Mu,
Duhai ayahanda & bonda, 
Sahabat-sahabat serta teman-teman,
Bantulah aku, Bimbinglah aku,
Dalam mencari cinta yang paling agung,
Cinta yang esa,
Sesungguhnya,
Aku mahu berubah…!!!

aminnn...

Friday 6 January 2012

PERCATURAN KEHIDUPAN~~


Hidup ini tidak semudah kita membaca ABC ataupun menulisnya. Kehidupan yang baik harus di cari dengan usaha kita sendiri dan jangan sekali meminta-minta jika kita masih berkemampuan untuk berusaha. Hasil yang kita dapat dari usaha sendiri lebih terasa nikmatnya dari mengharapkan pertolongan orang lain.
Permulaan hidup berdikari selepas belajar tanpa tanggungan dari ibu bapa memang agak perit dan jika tersilap percaturan hidup boleh menjerumuskan kita ke jalan yang salah. Tapi selagi kita tak berani mengorak langkah ke depan sampai bila pun hidup kita tidak berubah. Trend hidup sekarang bukan lagi seperti dulu. Sekarang semuanya kena bersaing dan kena pandai mengambil peluang yang ada di depan mata mahupun tersembunyi kerana hidup ini tidak semudah ABC.
Bila dah dapat peluang mestilah jalankan amanah itu dengan baik. Selain itu, kena bijak mencari peluang lain yang ada kerana hanya berlandaskan satu kerja tak dapat mengubah hidup kita ke arah yang lebih selesa. Untuk terus hidup di era globalisasi ini kena berani untuk mencuba.  Jadi kita kenalah berani untuk mencuba sesuatu perkara baru. Tapi nak cuba perkara baru pun bukan main redah je. Kita kenalah buat soal selidik dulu segala kelebihan dan keburukan supaya tidak tertipu kerana hidup ini tidak semudah ABC. Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya?
Sibuk mencari bekalan hidup di dunia jangan pula dilupakan bekalan di akhirat begitu juga sebaliknya. Biarlah seimbang kedua-duanya. Kita mesti ada plan jangkamasa panjang dan simpanan masa depan kerana hidup ini tidak semudah ABC. Semoga tahun 2012 memberikan kita semua sinar kebahagiaan dan dimurahkan rezeki. Amin…
(copy & paste)


Wednesday 4 January 2012

BUAT NURUL~~

nurul,

saya tahu disaat ini nurul sangat keliru dan mahukan sebuah keputusan yang tepat.
nurul pilih lah mengikut kata hati dan naluri nurul.Allah akan beri petunjuk pada nurul.
nurul ikutlah kata hati yang telah dibantu oleh fikiran.

buat masa ni, kita tidak thu apakah yang akan berlaku dimasa hadapan.
soal cinta dan hati manusia tidak boleh dijangka, tidak boleh.
kerana hati manusia ini ialah milik Allah.Bila-blia masa sahaja Allah boleh menterbalikkan hti dan perasaan kita,

nurul,
hari ni dia boleh kata dia sayang
hari ni dia boleh kata dia cinta
hri ni dia boleh janji dia takkan tinggalkan.

begitu juga jika

hari ni dia boleh kata dia benci
hari ni dia boleh kata dia menyampah

tapi siapa yang memberi jaminan atas setiap lafazannya?
hari ni berkata demikian.esok lusa? semuanya boleh berubah.boleh.

So nurul,
ikut kata naluri hati nurul dan beranilah ambil risiko. sekiranya ada perkara yang nurul tak ingin berlaku,tetapi terjadi dimasa hadapan,
jangan salahkan diri nurul.
jangan salahkam takdir.
itu semua telah pun tertulis dan telah pun disiapkan oleh Allah sejak lama dahulu. ketika itu, nurul anggaplah semua ini ialah satu hadiah pengalaman yang Allah nak beri pada nurul.

Jika nurul bahagia dengan pilihan nurul,alhamdulillah,
itulah nikmat kurnia dari Nya.

apa jua pilihan, nurul lah penentunya.
nurul lebih mengenali hati nurul,
nurul lebih mengenali dia.